Jika ditanya kepada kebanyakan kaum ibu, apakah tidak teringin untuk menjadi surirumah yang dapat mengasuh anak sendiri, pasti kebanyakannya akan berkata “Ya, itulah impian saya”. Namun bukan semua orang dapat merealisasikannya kerana banyak faktor penghalang seperti kos hidup yang semakin tinggi, hutang yang masih belum selesai dan sebagainya. Saya juga begitu, ketika masih bekerja, saya membayangkan bagaimana keadaan anak saya apabila dia mula bersekolah nanti? Adakah saya mempunyai masa untuk mendengar setiap ceritanya sekembalinya dia dari sekolah? Sedangkan pulang sahaja dari tempat kerja, ambil anak di taska, kerja di rumah sudah menimbun. Sebenarnya saya menjadi SAHM (Stay at home Mom) secara tidak sengaja kerana ketika itu, suami tiba-tiba diarahkan untuk bertukar cawangan ke utara. Jadi, tanpa apa-apa persediaan saya terus meletak jawatan di sebuah firma guaman dan berpindah mengikut suami. Awal tahun itu, anak sulung mula bersekolah tadika. Saya mula merasa seronok melayan anak di rumah namun dalam masa yang sama masih berkeinginan untuk bekerja. Tanpa dirancang, tiba-tiba saya disahkan mengandung anak ke 3. Sejak itu, jadi saya menangguhkan hasrat untuk mencari kerja sehingga anak ke 3 lahir. Kekerapan suami outstation juga membantutkan hasrat mencari kerja kerana sebagai perantau di sini, tiada saudara-mara yang boleh diharap untuk membantu menjaga anak-anak sekiranya saya ada urusan di luar.
Sesungguhnya eBook SUPER WAHM SUPER MOM ini benar-benar memberi inspirasi kepada saya. Mengikuti setiap pengalaman para WAHM (Working At Home Mom) dalam ebook ini membantu saya mengenali diri sendiri. Sebelum ini, saya kurang keyakinan untuk menceburi bisnes online, tambahan pula tiada pengetahuan langsung tentang keperluan untuk menjadi WAHM yang berjaya. Antara topik paling menarik perhatian saya dalam ebook ini ialah Tips Sukses Urus Masa sebagai WAHM. Ini kerana walaupun saya sudah bergelar SAHM selama hampir 3 tahun, namun saya masih belum berjaya menguruskan masa dengan tersusun dan efektif. Sebelum membaca ebook ini, saya melaksanakan kerja-kerja di rumah ikut sempat, tanpa ada target tertentu. Secara tidak langsung, saya gagal merencana sesuatu kerja mengikut jadual dan adakalanya terbit rasa malas. Tetapi selepas membaca ebook ini, saya berjaya menetapkan matlamat yang perlu saya capai setiap hari dengan merancang rutin jadual yang tidak membebankan namun di penghujung hari, saya berjaya mencapai satu kepuasan yang tidak pernah saya rasa sebelum ini. Kepuasan itu saya anggap sebagai satu kejayaan yang berharga selepas menjalankan misi yang dirancang. Saya tidak lagi merasa hari yang saya lalui sebagai hari yang sia-sia bahkan teruja untuk menjalani hidup yang seterusnya. Saya benar-benar menghargai setiap detik bersama anak-anak dan perasaan ini tidak pernah saya rasa sewaktu saya masih bekerja dahulu.
Tip Pengurusan Stress juga sangat membantu. Tekanan berlaku apabila kita tidak mampu mengawal situasi dengan cara yang betul, justeru sekiranya kita boleh memulakan kerja dengan aura yang positif dan tidak tergesa-gesa, pasti kita tidak akan tertekan. Pengagihan kerja berdasarkan kepentingan sama ada perlu segera, tidak berapa segera atau boleh ditangguh memudahkan kita menyiapkan tugas dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan.
Secara peribadi, saya berasa eBook yang mengandungi perkongsian pengalaman pahit manis seseorang WAHM yang penuh informasi oleh semua wanita-wanita hebat ini dapat menaikan semangat dan menjadi inspirasi saya untuk yakin dan percaya yang setiap cabaran dan dugaan perlu dilalui dengan penuh kesabaran kerana dipengakhiran nanti akan memberi kegembiraan yang tidak ternilai.
Kesimpulannya, demi mencapai matlamat menjadi WAHM tahap super, kita perlu berusaha dan memberikan komitmen yang jitu kerana seorang ibu itu adalah guru pertama yang terbaik untuk anak-anak. Semoga kita sama-sama memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.
--------------------------------------------------------------------
Dapatkan Ebook Super WAHM Super Mom dengan harga RM25 sahaja
Jika berminat sila hubungi saya:
SMS/whatsapp: 016 6651640
Facebook: Pusat cari beli buku
Borang tempahan di sini
No comments:
Post a Comment