Friday 24 January 2014

Kerja Sekolahku

Teks : Azlina Abd Aziz


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua dan bertemu lagi kali ini dalam lembaran ‘kerja sekolahku’.

Bukan kerja sekolah anak tapi kerja sekolah saya sendiri. Semenjak menjadi ahli Akademi Bekerja Dari Rumah, saya menganggap diri sebagai pelajar dan di pantau serta ditutor oleh guru-guru akademi yang sangat bertauliah dan begitu dinamik. Bukan calang-calang orang mereka ini, saya memang ‘respect’ dan semuanya adalah mentor saya terutama pengasas akademi sendiri iaitu Puan Masayu Ahmad. Untuk saya, kerja sekolah di sini ibarat tugasan atau assignment yang diberikan oleh pengajar untuk pelajarnya. Puan Aisyah adalah guru saya.

Para alumni pula, penulisan artikel dalam blog-blog mereka sungguh hebat dan tidak tertanding rasanya diri ini. Bukan penulisan biasa bagi saya bahkan luar biasa. Ini bukan bodek tapi kenyataan. Saya sendiri menjadikan blog-blog mereka sebagai bahan rujukan. Tidak perlu lagi mencari blog-blog di luar akademi kerana blog para alumni bagi saya sudah mencukupi dan sempurna.

Tajuk yang diberi melalui senarai analisa diri yang diminta sebelum secara rasmi menjadi ahli membolehkan kita mendapat tajuk blog yang sesuai, menepati kehendak ataupun minat masing-masing. Bagi saya pula, tajuk yang diberikan kepada saya iaitu “Seni Kreatif dan Kraftangan” menepati kehendak dan kemampuan saya yang baru hendak bermula di bidang ini.

Untuk pengetahuan semua, prestasi saya adalah amat perlahan dan sukar mendapat rentak untuk memulakan blogging ini.  Alasan biasa iaitu sibuk dengan pengurusan rumahtangga setiap waktu dan hari serta gangguan anak-anakku yang tersayang. Adakalanya sewaktu sedang seronok mendapat ilham, tetiba anak yang tidur membuang air kecil pula di tingkat bawah menitis sampai ke atas untuk mencari umminya ini. Pelbagai cerita lucu dan manis dalam menyelesaikan tugasan penulisan sewaktu bersama anak-anak. Itulah bezanya antara semasa bujang menyelesaikan assignment dengan semasa ada anak-anak di sisi. Kekurangan selama ini telah dapat saya perolehi iaitu kebahagiaan bersama-sama dengan anak-anak setiap hari di depan mata. 

Namun begitu, saya akan berusaha sedaya upaya untuk mempercepatkan dan menyelesaikan tugasan penulisan ini sehingga akhirnya. Saya akan berusaha menguruskan masa dengan lebih baik dan fokus serta disiplin. In sya Allah.

No comments:

Post a Comment