Thursday 23 January 2014

Pengenalan Seni Kreatif Dan Kraftangan

Teks : Azlina Abd Aziz


Assalamualaikum  dan Salam sejahtera buat semua...

Hari ini saya akan mengupas sedikit mengenai kajian yang telah saya perolehi dari pemahaman bahan-bahan bacaan seperti buku, laman sesawang dan majalah-majalah mengenai tajuk Seni Kreatif dan Kraftangan.

Pengenalan Seni

Pada era kini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia. Walaupun begitu, seni sukar ditakrifkan disebabkan setiap seniman mempunyai aturan dan sekatan tersendiri bagi setiap hasil kerja mereka, seni boleh dikatakan sebagai proses dan hasil dari pemilihan saluran medium, untuk menyampaikan sama ada kepercayaan, idea, rasa, atau perasaan dalam bentuk terbaik untuk saluran tersebut.


 foto : Google
Setiap orang mempunyai pendapat tersendiri mengenai apa yang boleh dianggap seni; sebagai contoh, adakah seseorang itu boleh menghasilkan seni, sekiranya ia tidak bertujuan sebagai hasil seni? Adakah seni merupakan bentuk luahan seseorang? Adakah hasil seni dianggap seni hanya apabila ia sempurna?.

Seni juga merupakan ciptaan atau ekspresi yang dianggap indah dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan tertentu. Seni mempunyai peranan dan hubungan dengan seni visual, seni muzik, seni tari, seni bina dan pelbagai ciptaan lain.

Seni juga ditafsirkan sebagai berkebolehan mencipta sesuatu lukisan, ukiran, khat dan sebagainya sebagai hasil buatan manusia yang diatur dengan mahir dan boleh digunakan untuk menyuarakan pengalaman manusia.

Istilah ‘Seni’ :

·         Kamus pelajar bahasa Malaysia, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1988), “ seni bermaksud kecil, halus, molek atau elok, kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah”.
·         Ensiklopedia Malaysiana (1996 : 453), “ Seni ialah sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran”.
·         Oxford Student Dictionary Of Current English For KBSM, Fajar Bakti (1989:33), “ Art: the cretation or expression of what is beautiful, especially in visual form : great skill or ability in such expression”.
·         Ibnu Khaldun: “ Seni itu adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan logika”.
·         Al-Farabi : “ Seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan”.
·         Al-Ghazali : “ Seni ialah kerja berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya”.
·         Imam Al-Ghazali : “ Seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan, lahir daripada diri sendiri”.


Pengenalan Kreatif

 foto : Google

Daya kreatif merupakan proses yang membabitkan perjumpaan idea atau konsep baru, atau kaitan baru antara konsep atau idea sedia ada, didorong oleh proses sama ada sedar atau luar sedar.

Dari sudut pandangan saintifik, hasil pemikiran kreatif (kadang kala dirujuk sebagai pemikiran mencapah (divergent thought), biasanya dianggap sebagai memiliki keaslian dan kesesuaian.

Sungguhpun secara intuitif fenomena mudah, ia sebenarnya amat rumit. Ia telah dikaji dari segi psikologi kelakuan, psikologi sosial, psikometrik, sains kognitif, kecerdasan buatanfalsafah, estetik, sejarah, ekonomi, kajian reka-bentuk, perniagaan, dan pengurusan antaranya. Kajian-kajian ini meliputi kreativiti harian, kreativiti luar biasa dan kreativiti buatan serta tindakan menghasilkan idea baru.
 foto : Google

Sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif, kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan berkebolehan melihat sesuatu dalam cara yang berbeza. Dalam mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilakn sesuatu memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya sesuatu produk.

Seseorang yang kreatif lazimnya tidak hanya memaparkan secara langsung tentang apa yang dilihat atau dialaminya. Ia mungkin menggunakan metafora dan analogi bagi memproses pengalaman tampak untuk dilahirkan ke dalam bentuk tampak yang baru.

 foto : Google

Menurut Helbert Read, kita tidak hanya mengajar kanak-kanak mengetahui tetapi pada masa yang sama mengajar mereka mencipta. Untuk menukarkan fakta (otak kiri) kepada bentuk baru memerlukan keupayaan metafora (otak kanan) yang merupakan fungsi pemikiran kreatif.
Pembelajaran dan pengalaman aktiviti pendidikan seni adalah diperlukan dalam mempertingkatkan daya kreativiti seseorang.


foto : Google 

Istilah ‘Kreatif’ :

·         Kamus Webster’s (1976) : “ The ability to bring something new existence”.
·         Kamus Dewan (1993) : kemampuan(kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan.
·       Victor Lowengfeld (1975) : kreativiti ialah satu naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang.
·       Paul Torrance (1974): proses seseorang menjadi peka terhadap masalah kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian, mengenal pasti perkara sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan dan membentuk hipotesis tentang kekurangan itu, menguji dan mengkaji semula.
·      Edward De Bono (1992) : mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada iaitu sesuatu yang baru dan mempunyai nilai. Sesuatu yang unik dan jarang ditemui.

·    Dunn (1992) : keupayaan menjana idea baru, melihat masalah dari sudut baru dan mengambil risiko dalam mencuba sesuatu yang tidak pernah dicuba.

Pengenalan Kraftangan

 foto : Google

Kraftangan berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang membawa erti kekuatan,keteguhan dan kecekapan.

Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil pengeluaran besar-besaran atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraftangan.

John Harvery menegaskan bahawa kekuatan ini juga terletak pada keahlian, kecekapan dan ungkapan seperti ‘pengetahuan’ ialah kuasa . Menurut Paul J. Smith dalam bukunya   “Craft Today’ Poetry of the physical”, mensifatkan kraf tangan, secara mistiknya mewakili kesatuan antara spiritual dan pancaindera seorang insan. Ini mengukuhkan lagi elemen kemanusian dalam kehidupan harian dan pengalaman yang dilahirkan melalui kraf tangan disamping melahirkan kraf tangan individu.

 foto : Google

Istilah ‘Kraftangan’ :
  • Kamus Dewan Bahasa (1998) Edisi 3 : ‘perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan kemahiran terutamanya menggunakan tangan’, manakala kraftangan pula membawa makna ‘perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan’.
  • UNCTAD yang dikeluarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu melalui United Nation Conference on Trade and Commerce, perkataan kraf tangan didefinisi seperti berikut ( Handicraft is a manual skilled- intensive product with or without use of tool, simple instruments or implement operated indirectly by the craftmen).
  • Ensikopedia Malaysiana, Jilid 7: ‘seni pertukangan tangan yang merangkumi beberapa jenis iaitu seni pertukangan kayu, pertukangan perak, pertukangan besi, pertukangan tembaga, seni tembikar dan beberapa jenis yang lain lagi termasuk barang-barang yang diperbuat daripada bahan-bahan tempatan seperti buluh, rotan, resam, tempurung kelapa dan sebagainya’.
  • Siti Zainun Ismail dalam bukunya Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, Bab 1: ‘Kraftangan’ dimaksudkan sebagai hasil seni berperanan untuk kegunaan.


Alhamdulillah, begitulah serba sedikit mengenai pengenalan dan kajian maksud seni kreatif dan juga kraftangan. Bertemu lagi secara terperinci dalam pelbagai siri, jenis, kaedah dan sebagainya selanjutnya dalam artikel akan datang.

Senarai Rujukan :

·         1996. Ensikopedia Malaysiana, Jilid 3, 7, 8, 13. Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd.      (Syarikat Kumpulan EBIZA)
·         1998. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
·         Baharudin Bin Mohd. Arus. 2000. Kraftangan tradisi satu transformasi. Dalam   Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur.
·         Siti Zainon Ismail. 1986. Rekabeentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur:      Dewan Bahasa dan Pustaka.
·         Akta 222 – Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979
·         http://www.dakwah.com.my/

Sumber Foto :

  • hasilkraf.blogspot.com
  • ccdkraft.blogspot.com
  • www.streetartutopia.com
  • facebookngupshup.blogspot.com



    Jumpa lagi, Salam sayang.

    Azlina Abd Aziz





    1 comment:

    1. Top casinos with casinos with slots machines - Mapyro
      See the 춘천 출장안마 best slots machines in Las Vegas - compare slots machines 사천 출장마사지 reviews and try out a 시흥 출장샵 new casino in our review. Try your luck at 경상남도 출장샵 the best 구리 출장안마 casino

      ReplyDelete