Sunday 26 January 2014

“Ya Allah, janganlah ambil penglihatanku ini”

Teks : Azlina  Abd Aziz

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua dan bertemu lagi dalam lembaran kali ini.

Saya masih teringat lagi akan peristiwa yang saya alami satu ketika dulu pada awal tahun 2012 di mana saya telah mengalami penyakit mata merah disebabkan oleh jangkitan bakteria. Saya telah mengalami sakit mata dari mata menjadi merah sehingga hanya boleh melihat pada jarak kurang dari 2 meter sahaja untuk objek yang besar seperti kereta dan tidak jelas pada jarak dekat untuk benda yang kecil seperti kuku.

Selama sebulan saya mengalaminya di mana saya tidak dapat memandu, memasak hanya nasi goreng atau beli sahaja dan saya tidak dapat memandang komputer kerana mata akan sakit atau senak. Selama itu, saya tinggal di rumah sahaja kerana untuk keluar adalah tidak sesuai dan di rumah kita sudah biasa dengan rutin seharian.

Setiap pagi bangun daripada tidur, saya akan menangis kerana penglihatan saya kabur, semuanya seperti kabus dan putih. Setiap kali itu juga saya akan membuka jendela untuk memandang keadaan di luar seperti pokok. Dalam waktu tersebut , saya sangat sedih dan memohon kepada Allah agar penglihatan ini tidak ditarik balik. Dalam hati ini terfikir dan merasa bagaimana keadaan orang yang buta atau tiada penglihatan melalui kehidupan sehari-hari. Subhanallah.

Selain berjumpa doktor untuk rawatan, menitiskan ubat, memakan antibiotik untuk mata, saya juga memakai kacamata hitam seharian dan membuka hanya apabila hendak tidur sahaja. Saya terpaksa berbuat demikian kerana jika tidak memakai kacamata itu, mata saya akan terasa lagi teruk atau kabur. Kacamata hitam membantu saya melihat dengan lebih baik tanpa rasa sakit berbanding jika tidak memakainya. Jika saya keluar bersama keluarga membeli barang keperluan, ramai orang memandang saya dengan pelik disebabkan di malam hari pun saya masih memakai kacamata. Dalam hati, saya simpan sahaja rasa malu itu.

Penyakit ini telah memberi saya banyak pengajaran dan panduan dalam penjagaan mata yang mana sebelum itu saya kurang mengambil berat mengenai penjagaan mata khususnya. Semua orang mengetahui bahawa sakit mata adalah perkara biasa yang boleh berjangkit secara mudah melalui sentuhan tangan, berada berhampiran dengan pesakit, berkongsi ubat sakit mata, berkongsi tuala atau saputangan dan tinggal di dalam sebuah rumah yang sama.

Penyakit ini bermula dengan anak-anak yang dijangkiti di taska, kemudian menjangkiti walidnya dan seterusnya saya. Setelah mereka semua pulih hanya dalam masa 3 atau 4 hari sahaja, saya pula tidak pulih dan semakin teruk. Doktor juga hairan melihat keputusan scan mata saya tidak bermasalah walhal pandangan saya pula kabur. Mungkin ini ujian Allah buat saya dan saya redha melaluinya.

Sedikit tips yang saya boleh kongsikan di sini ialah jika dijangkiti, segeralah berjumpa doktor untuk mengambil ubat, tidak berkongsi ubat, hindarkan dari berada berdekatan dengan bayi, banyakkan merehatkan mata dari memandang televisyen atau komputer dan banyakkan memakan makanan untuk kesihatan mata. Makanan untuk kesihatan mata ada banyak tetapi paling penting adalah sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan beta keratin,vitamin A, vitamin E seperti lobak merah, segala jenis beri (strawberry, blackberry, minum pati inner shine beri pun sesuai), ubi keledek oren, tomato, brokoli dan lain-lain lagi. 


Amalkan memakannya selalu untuk mendapat kesihatan mata yang terbaik dan boleh mengelakkan rabun juga. In sya Allah. Selain itu, boleh juga mengamalkan surah Al-Khautsar setiap kali membasuh mata dengan 3 kali basuhan air disertai dengan niat untuk mendapat kesihatan mata dan dijauhi sebarang penyakit mata. Ada juga surah atau doa yang lain untuk diamalkan tetapi saya hanya mengamalkan surah ini kerana ia surah pendek dan senang diingati.


Jumpa lagi, salam sayang.

Azlina Abd Aziz
Foto : google
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut :

1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

Bagi kalian yang berminat untuk memulakan bisnes secara online, perlukan tunjuk ajar bagaimana mahu bermula, boleh hubungi saya di sini :


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Azlina Abd Aziz melalui:
SMS/whatsapp: 016 6651640
Facebook: Azlina Abd Aziz

No comments:

Post a Comment