Sunday 26 January 2014

Ulasan Kelas Blog dan Fanpage

Teks: Rozida Ismail



Assalamualaikum,
Mungkin ramai yang sudah tahu bagaimana hendak membuat blog sendiri kerana ia tidaklah sesusah mana. Template sudah tersedia dan anda hanya ikut sahaja apa yang dinyatakan. Hanya dua tiga klik, terhasillah blog anda. Jadi, mengapa perlu lagi untuk mengikuti kelas asas blog dan fanpage?
Tetapi ramai antara yang menghasilkan blog itu hanya ghairah menulis ketika baru menghasilkan blog sahaja. Kemudian, tinggallah blog itu tanpa 'berusik' sekian lama. Umpama rumah yang sudah siap tetapi dibiarkan kosong tanpa penghuni. Kadang-kadang ada yang mempunyai banyak blog, tetapi hanya mengemas kini blog tertentu sahaja. Ini kerana mereka sudah kekeringan idea untuk menulis.
Sebelum mengikuti kelas asas penulisan blog, saya sendiri telah mempunyai blog. Tetapi blog saya kurang dikunjungi. Ini membuatkan saya berasa rendah diri. Orang tidak mahu membaca tulisan saya. Lama kelamaan saya tidak lagi rajin mengemas kini blog tersebut.
Tetapi apabila ternampak promosi tentang kelas asas blog dan fanpage dengan harga yang sangat murah di facebook, saya terasa ingin mencuba. Yuran kelas ini sebenarnya sangat murah dibandingkan kelas pembinaan blog yang pernah saya hadiri. Sekiranya anda tidak ada budget yang besar atau masa yang banyak untuk menghadiri kelas atau seminar berblog, saya nasihatkan anda sertai kelas ini sahaja. Memanglah setiap kelas mempunyai cara dan ilmu yang berlainan. Tetapi sesuai dengan namanya 'Kelas Asas' maka semua yang asas anda boleh dapat di sini. Yang paling penting, guru anda 'hadir' di rumah atau di mana-mana sahaja pada masa-masa senggang anda. Anda yang pilih dan tetapkan masanya.
Saya merasakan pengetahuan dan pengalaman yang saya dapat daripada Kelas Asas Blog dan Fanpage yang dikendalikan oleh sifu Masayu Ahmad dan Anys Idayu Zakaria sangat praktikal dan membantu. Apa lagi yang anda mahu, Puan Masayu Ahmad merupakan blogger terkenal. Hasil kerjanya mendapat liputan di akhbar-akhbar tempatan. Manakala, Anys Idayu Zakaria (anysidayu.blogspot.com) merupakan anak didik beliau yang membantu sebagai tenaga pengajar yang bertauliah.


   

Tip dan panduan yang diberikan oleh guru-guru Kelas Asas Blog ini memang menjadi. Jangan risau, jika anda tidak mahir IT, mereka akan beri tunjuk ajar. Yang penting anda perlu buat sendiri. Selain mendapat panduan secara 'live', anda juga akan dimasukkan dalam komuniti blogger yang besar dan mereka akan membantu menaikkan bilangan pengunjung ke blog anda. Inilah perkara yang paling penting, saling bekerjasama untuk mempromosi blog. Masing-masing ada kelebihan dan keistimewaan.  Anda tidak perlu berasa rendah diri jika anda masih baru  dalam dunia blogging. Mungkin cerita yang biasa bagi anda adalah cerita luar biasa bagi orang lain. Nasihat saya, jangan dengar kata-kata saya, tetapi cuba sendiri dan nilai keberkesanannya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Anda juga  boleh miliki pakej ini sebagai bonus dengan pendaftaran mana-mana kelas berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho

Penerangan kelas:

1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fanpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah           satu cara menarik       minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu     aliran trafik ke           blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik         yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus         aktif menulis di       blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

2. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara             online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan,               produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu       kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan         lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha             yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya           yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan     permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga          bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk          yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis                    konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar    buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

Untuk bermula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.


Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Jika berminat sila hubungi saya:


Emel:                pnazlina.abdziz@gmail.com
SMS/whatsapp: 016 6651640
Facebook:         Azlina Abd Aziz


No comments:

Post a Comment